Sunday, December 19, 2010

hah , ni sorang lagi !

jam menunjukkan angka 11.39pm . saudari fella baru sahaja pulang ke rumah setelah menghantar kakaknya di UKM .

cehh , poyo jehh (:

okaylahh , straight to the point je . actually aku tiba tiba tak boleh tidur ni . padahal esok still kena pergi masjid country homes tu .
haish ,,

out of blue je , maybe ALLAH nak bagi petunjuk kat aku , aku terpandang buku yang berjudul RAHSIA DI SEBALIK TIDUR DAN MIMPI . hati aku tergerak untuk membacanya lantas aku capai buku tu atas meja dalam bilik aku tu . helaian demi helaian aku selak , sehinggalah mata aku tertumpu di muka surat 34 .

WAHH ,, sememangnya khas untuk aku (:

PETUA TIDUR LENA
senarai boleh buat !
  1. mendengar lagu instrumental atau bunyi alam semulajadi . 
  2. tidur di dalam bilik yang gelap . jika perlu , pakai penutup mata untuk menghalang cahaya menyelinap masuk ke kelopak mata .
  3. pakai stokin sebelum tidur . *hanya boleh dilakukan di bilik yang berhawa dingin , jika tidak , anda akan berasa rimas . 
  4. rendam badan sehingga ke tahap leher dalam sebuah tub mandi yang dipenuhi air suam . cuba air sehangat yang terdaya .
  5. minum susu segar yang telah dihangatkan sejurus sebelum tidur .
  6. makan sedikit buah buahan yang tidak disejukkan .
  7. baca sesuatu yang membosankan .
  8. tidur awal , selewat lewatnya sebelum pukul 11 malam .
  9. tidur pada waktu yang sama setiap malam .
  10. benyakkan senaman pada siang hari supaya badan terasa letih .
  11. amalkan yoga .
  12. tidur di atas tilam yang empuk dan menggunakan bantal khusus untuk menghindari sakit tulang belakang serta berdengkur .

ohh , aku dah faham . gila lahh , mana aku nak cari lagu instrumental ? phone hilang siall ! okaylah ,, takpe .
tips yang ke2 , dia kata tidur kat tempat gelap kan ? aku rasa , kalau aku tutup lampu bilik aku ni , aku still nampak cahaya . apasal la air-cond ni dia mesti ada lampu even kecikk pun ? haish . 
ohh , penutup mata aku tu pulakk entah ke mana mana dahh . adoi . 
hah ? stokin ? gila apa ? mana aku simpan dah benda tuu . tunggu tahun depan lah aku beli stokin baru . stokin sekolah la , haha (:
rendam badan dengan air panas ,, hummm . malas lah nak pergi mandi sekarang . hehe .
susu segar ? ada lagi ke nespray kat bawah tu haa ? haish .
buah buahan tak sejuk ? lagi lah gila . buah kat rumah ni semua simpan dalam peti . and of course lah sejuk . adoi ,,
baca sesuatu yang bosan ,, umm , buku sejarah dah pulang kat SPBT lah pulak . hoho :0
tidur awal ? esok lah aku start . haha .
senaman ? ni yang aku malas ni , haha .
yoga ? tak reti lahh .
tilam aku ni terlebih empuk dahh . tak boleh pun tidur ni ? haish .


then , aku terbaca pulak yang ini ,,
tadaaaaa ...

PETUA TIDUR LENA
senarai jangan buat !
  1. jangan makan sebelum tidur , especially makanan yang mengandungi gandum dan gula .
  2. jangan tonton televisyen sebelum tidur .
  3. jangan gunakan jam loceng yang berdering dengan nyaring .
  4. jangan minum air sejuk .
  5. jangan minum apa2 yang mengandungi kafein .
  6. jangan memakai pakaian siang hari . kena mandi , bersihkan diri , pakai wangian dan baju tidur .
  7. jangan bawa kerja pejabat ke kamar tidur .
  8. jangan minum alkohol atau dadah sebelum tidur . kecuali atas nasihat doktor .
  9. jangan letak barang elektrik yang mengandungi EMF seperti telefon , komputer , tv / radio berdekatan dengan katil .
  10. jangan buat sesuatu di siang hari sehingga menimbulkan rasa bersalah .



okayy , tapi aku rasa aku baru lepas makan . patutlah tak boleh tidur . haha !

kemudiannya , aku terbaca pulak yang ini :


"orang2 cina memiliki petua sendiri untuk tidur dengan mudah . caranya adalah ;


  1. baring secara terlentang , dengan muka menghadap ke hadapan .
  2. silangkan kaki kiri di atas kaki kanan (buat sebaliknya jika anda kidal)
  3. silangkan jari tangan kanan dan kiri di atas perut .
  4. tutup mata , cuba dengar dan kawal pernafasan anda sendiri .
  5. kemungkinan besar , anda sudahpun lena .


WAHH . nak try lahh . kalau tak jadi jugak , aku saman penerbit buku ni . bhahahaa !

dah dah , kau ni mula lah nak merepek tak tentu pasal malam malam ni . haish , apa nak jadi dengan kau ni hah? okaylah ,, your future depends on your dreams . so lets go to sleep !

nunnite bebeh (:


6 comments:

arisyamiyukie said...

cik fella ; stiap ary,, time pagi2 bute nie.. sy akan melahab.. sbb uh sy tdo kol 5 :) tp klo di siang hari.. lps sye mkn mty ngntk dn tdo.. baimne ye cik fella?? hhehee

fella (: said...

cehh . gi makan waktu waktu macam tu apasal ? mengumpul lemok ka ? haha (: nasihat saya : banyakkan lakukan aktiviti di siang hari . ini tidak , tidur makan online je kerja kau , haha .

arisyamiyukie said...

lumrah kehidupan.. kah3 ;)

fella (: said...

ahh , alasan banyak lah kau . haish (:

arisyamiyukie said...

biase la.. alasan uh pn lumrah khidupan.. ngeew~

fella (: said...

bengong je kau . apa lagi alasan kau nak bagi ? haish ,,