ANDA DIKEHENDAKI MELETAKKAN PENSEL/PEN DI ATAS MEJA SEKARANG KERANA MASA MENJAWAB TELAH PUN TAMAT .
oh seriously , kalau waktu exam , aku tak suka betul bila cikgu/pengawaspeperiksaan cakap ayat tu . yelah , kalau paper susah , tak pasal pasal tak sempat nak buat and kalau dah siap pun , kacau aku tidur je (:
*inilah pemikiran budak 15tahun xp.
um , actually , aku nak cakap yang esok yakni 30/11/2010 , selasa , aku nak pergi ukkm . oh , bukan UJIAN KELAB KAMIL MALAYSIA , okay ? kat surat yang diposkan atas nama aku tu tulis UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM . kot , hee . aduhh , malas gila aku nak pergi amek ujian lagi . otak aku ni dah a da beku , terkepam dek cuti lama sangat . haha . plus plus , aku sebenarnya memang tak berminat pun kat MRSM tu , tapi nak buat macam mana , ayah aku dah mohonkan , okayla , aku pergi amek ujian tu . okay abah ? hue
tibe tibe aku teringat , waktu aku UPSR dulu dulu , masa tengah jawab paper BM Pemahaman , tetiba je aku rasa nak pergi tandas . maklumlah , 1st day exam BESAR . kena pulak BM Pemahaman tu paper first , penyakit nervous pun datanglah . haha . then , aku tengoklah jamtanganbaru aku , aiseh , ada lagi 50 minit . perghh , lambat lagi nak habis masa ni . yelah , baru je start , takkan lah nak habis dah kot , haish . aku pun jawab bm tu laju laju . tibai je abc tu , entah betul ke tidak . dah habis jawab , aku tengok lagi jam kat tangan aku tu . aikk ? apasal masa ada lagi 40 minit ? masa lambat sangat ke aku yang jawab cepat sangat ni ? haishh . dalampada itu , aku tak habis habis usya abang pengawas yang comel tu tapi dia tak pandang pandang pun aku . (mesti dia dah bajet hot kan ? haha) at that time , hati aku meronta ronta nak angkat tangan and cakap " abang , saya nak pergi tandas " . tapi tak tahulah kenapa aku takut+segan sangat kat diorang masa tu . fella , bengongnya kau ni !
habis je masa menjawab , aku terus berlari (bak kata tomok) keluar dewan mengejar tandas . after that , oh , leganya ,, bagai dunia ana yang punya . fuhh !
itu di kala UPSR ,
time PSRA , tak pulak jadi macam tu , haish .
masa trial pmr pulak , ada sekali tu , tengah jawab paper apa entah , tak ingat pulak , tetiba je ada satu titisan jatuh mengenai LENGAN aku . huh ? hujan ke ? aku tengok luar dewan , ada burung burung berkicauan , bahagia betul mereka , and tiada langsung tanda tanda nak hujan . aku pun buat donno je lah . then , lengan aku yang kena titisan tadi tu tiba tiba je jadi panas+pedih . aku pun mengkaji lah apa benda ni (nasib baik dah habis jawab periksa) . kaji punya kaji , "chettt ! tak guno betui ekau ni !"
habis masa menjawab , kami kami ni pun naik asrama . pada hari itu , aku naik asrama bersama AIN SYAHIRAH ROZALI , then aku cakap kat dia :
"ain , lengan aku pedih doe , kena taik burung ."
"HAHA . tahi burung kan berasid . baik kau basuh cepat ."
ciss* . kau gelak ain , takpe takpe .sampai je kat dorm , aku terus tukar baju and pergi tandas : basuh baju sekolah tu + sabun lengan aku .
fuhh .
OKAY , time PMR pulak , lastday ni , aku memang dah bersemangat waja nak pergi tandas . kali ni memang sebab saje saje . bukan macam masa darjah 6 dulu . haha xD . after dah siap jawab paper kh tu , macam biasa , aku tengok jam , kali ni takde jam baru , so aku tengok jam besar kat dewan je .
"oh , awal lagi " kata aku di dalam hati .
aku pun pergi bantai tidur dulu . ingatkan nak tidur sekejap je , sekali aku bangun je , kertas dah takde atas meja . pengawas tu dah amek . (cis , aku dah la tak check lagi) haishh .
tu la , tidur lagi , padan muka kau ! hue .
so nye , masa exam , kalau rasa nak pergi tandas , angkat je tangan tu , nanti jawab periksa tak tenteram . pengawas tu tak makan orangnye . then , NEVER SLEEP while exam . gila betul . baik korang check berkali kali and berfikir sejuta kali kalau nak tidur . haha xD .
pesanan ini dibawakan khas oleh aku saya (:
*yang kat u/kolej tu , aku tak tahu korang exam macam mana , so tak payah ikut pesanan di atas . hee (:
2 comments:
hebadd tahi burung itu .
haha . burung itu adore kat aku lahh . hue .
Post a Comment